ARKIB : 10/03/2012 ( Utusan Malaysia)
Isu Lynas: Sesi penerangan di Kuantan, April ini
10/03/2012 6:43pm
SUNGAI PETANI 10 Mac — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan menganjurkan satu sesi penerangan untuk menjelaskan isu kilang memproses nadir bumi Lynas yang dimanipulasi oleh pembangkang pada Program Komuniti 1Malaysia di Kuantan, bulan depan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, penerangan bertujuan memberi gambaran sebenar mengenai projek itu kepada masyarakat setempat serta mematahkan dakwaan pembangkang yang telah memberi gambaran negatif mengenai Lynas.
"KPKK sedang merancang perhimpunan besar-besaran Program Komuniti 1Malaysia di Kuantan April ini dengan harapan ribuan rakyat datang untuk mendengar penjelasan kerajaan.
"Wawancara dengan penduduk di pintu gerbang kawasan binaan Lynas juga akan dibuat agar orang ramai tahu gembar-gembur projek itu memudaratkan kesihatan rakyat tidak berasas,” kata Rais kepada pemberita selepas merasmikan program Komuniti 1Malaysia Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf; Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Othman Aziz dan Pengerusi Pertubuhan Gerak Seni Warisan 1Malaysia, Adnan Abdullah Sabil.
Rais berkata, beberapa pihak khususnya pembangkang dan beberapa NGO berusaha mengambil kesempatan mempolitikkan isu tersebut sehingga mengelirukan rakyat.
"Jadi adalah wajar bagi kerajaan untuk menjelaskan kepada masyarakat khususnya penduduk Kuantan mengetahui perkara sebenar agar tidak terus terpengaruh dengan pembangkang,” katanya.— BERNAMA
Wat do u think about is? Lynas is harmful to our living is a false statement? I don't understand la... I think that if they are really want to know the truth of effects of Lynas, they can search from internet and they will know how harmful the Lynas is. This is not a political conflict, this is an important social issue that we should to concerned. Love the others in the way love yourself. Care for the others in the way to care yourself.Stop Lynas, if u love Malaysia's residents .
ReplyDeletewalaupun sisa pembuangan lynas ni mengandungi radioaktif yang rendah, ia tetap boleh memudaratkan kesihatan. Namun, pihak kerajaan dan pihak kilang telah memberi jaminan untuk menguruskan sisa buangan ini dengan betul. kita patut lihat bagaimana negara luar menguruskan sisa buangan reaktor nuklear mereka, ia tidak mendatangkan bahaya kepada rakyat. jadi mengapa kita perlu sangat risau dengan jaminan ini.
ReplyDeletesebab malaysia x mengurus mcm negara luar
ReplyDeletelynas is truly harmful to our environment as well as our future generation. i really dont know why our PM want to build this factory in Malaysia. PM said there is no evidence to prove that LYNAS is really harmful but it is proving that lynas will build up the economics... he did ask some engineer to make testing and analysis to makesure everything is undercontrol and 100% will not harm to our environment. what a good PM we have, we should be proud of tat. let gather money and buy a big big big house for him which nearby the lynas factory area.
ReplyDeleteI agree of what Agnes said because i got find one evidence which most of government thinks they are taking the right choice..
DeleteMany of us thinks that Lynas is poisonous and it's a types of nuclear, but for them
Lynas is NOT a nuclear plant but a simple chemical processing plant operating at atmospheric pressure and ambient temperature. Therefore, there will be no fire or explosion that will cause radioactive dispersion and contamination into the environment.
See, they only see the benefits but not conscious of our worries and still continue their task.
I think that concept of 1 Malaysia (RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN), government needs to think back again..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJangan kecilkan skop anda.. petikan akhbar pasal lynas ni.. x ingt tarikh.. sisa tu akan di eksport ke luar negara untuk diuruskan.. itu jaminan yg mereka beri.. sampai bila nak maju kalau asyik lihat kepada kesan negatif??
ReplyDeleteSaya mementingkan true statement daripada jaminan.As true statement never changed but jaminan will change anytime.>< Negara boleh dimajukan dan dikembangkan melalui pelbagai kaedah, tak semestinya melalui pembinaan factory Lynas yang memang akan menyebabkan kesan negatif kepada rakyat.
ReplyDelete